Angelld Quah, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi Alixco, berbesar hati menyampaikan taklimat mengenai Pembiayaan Alternatif dan Peluang Pelaburan untuk Pengkomersialan Hasil Penyelidikan & Inovasi Agromakanan pada Showtech MARDI 2025 yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan.
Kuala Lumpur, 20 Mei 2025 – Dalam usaha memperkasakan sektor agromakanan di Malaysia melalui penyelidikan dan inovasi, Alixco dengan bangga mengumumkan penyertaan dalam taklimat Pembiayaan Alternatif dan Peluang Pelaburan bagi Pengkomersialan Hasil Penyelidikan & Inovasi Agromakanan yang akan diadakan pada:
Tarikh: 29 Mei 2025 | Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan A, MAEPS Serdang, Selangor
Taklimat ini dianjurkan oleh Showtech MARDI atas sokongan KPKM ( Kementerian Pertanian dan Food security) serta Suruhanjaya Secutities Commission dengan rakan kongsi industri termasuk Alixco, serta platform pembiayaan dan pelaburan terkemuka lain. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua pihak berkepentingan dalam ekosistem agromakanan, termasuk penggiat industri, penyelidik, usahawan tani, serta pelabur yang berminat meneroka peluang kewangan alternatif.
Ringkasan Pembentangan Taklimat Showtech MARDI 2025 oleh Alixco (Angelld Quah)
1. Pengenalan Alixco
Alixco adalah platform Pembiayaan Peer-to-Peer (P2P) dan Equity Crowdfunding (ECF) yang dikawal selia dan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sejak 2015.Sehingga kini, Alixco telah mengumpul lebih RM230 juta bagi membantu lebih 500 syarikat tempatan, dengan lebih 1,000 pelabur aktif daripada dalam dan luar negara.
2. Konsep Pembiayaan P2P
* Pembiayaan P2P membolehkan peminjam menerima dana secara terus daripada pelabur tanpa perlu melalui institusi perbankan.
* Proses pendaftaran dan permohonan adalah cepat, mudah, dan terbuka kepada sesiapa sahaja (pelaburan minimum RM200).
3. Status dan Statistik P2P di Malaysia
Sejak pelancaran pertama platform P2P pada 2016–2017, sebanyak RM9.09 bilion dana telah dijana melalui lebih 10 platform yang diluluskan. (Data terkini: 15 Mei 2025, Laman Web SC). Sepanjang 2025, terdapat 16 platform P2P yang sah berdaftar di bawah pengawasan Suruhanjaya Sekuriti.
4. Kajian Kes Kejayaan
Contoh ringkas: 82 pelabur melengkapkan pelaburan dalam masa 20 minit untuk pinjaman 6 bulan pada kadar faedah 7.08%, dengan bayaran balik bulanan sebanyak RM53,540 dan kos pembiayaan hanya 1–5% (RM8,000). Dana berjaya diterima dalam 5 hari. Sehingga kini, Alixco turut menyokong lebih 600 kempen dengan jumlah pembiayaan RM235 juta.
5. P2P sebagai Alternatif Pembiayaan
* Pinjaman Jambatan (Bridging Loan): Menawarkan penyelesaian cepat dan mudah untuk menampung keperluan modal sementara.
* Pembiayaan Invois (Invoice Financing) Lebih fleksibel berbanding pinjaman tradisional.
* Gantian Pembiayaan Faedah Tinggi: Mengganti penggunaan kad kredit atau pinjaman peribadi (kadar faedah 6–15%) dengan kadar P2P lebih rendah.
* Pinjaman Jangka Pendek (3–6 bulan): Menampung modal operasi satu bulan dengan proses yang ringkas dan pantas.
6. Proses Permohonan P2P di Alixco
1. Daftar sebagai ahli di laman web [www.alixco.com](http://www.alixco.com).
2. Pilih menu DAPATKAN PEMBIAYAAN untuk memohon pinjaman baharu.
3. Muat naik dokumen sokongan dan isi butiran yang diperlukan.
4. Lengkapkan permohonan dalam masa kira-kira 20 minit.
5. Dana akan diterima dalam 3–7 hari bekerja.
7. Manfaat Pelabur & Rakan Kongsi
* Pelabur boleh mula melabur seawal esok dan menerima pulangan bulanan pada kadar 10–12% setahun.
* Program rujukan membolehkan ahli mendapatkan komisen setiap kali mereka merujuk peminjam.
* Alixco sentiasa mengalu-alukan kerjasama strategik dengan rakan kongsi untuk memacu lebih banyak kejayaan P2P.
8. Penutup & Maklumat Hubungan
* Slogan “Daftar hari ini, Melabur esok, Terima pulangan bulan depan.”
* Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi:
* Oleh Angelld Quah (Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Operasi Alixco)
* Emel: angelld@alixco.com
* Telefon: 017-437 8393
Pautan untuk pembentangan adalah seperti berikut: https://alixco.my.canva.site
Pembentangan ini menekankan kelebihan pembiayaan P2P sebagai solusi alternatif bagi usahawan dan PKS, serta memberikan panduan ringkas bagaimana peserta MARDI Showtech dapat memanfaatkan platform Alixco untuk mendapatkan modal dengan cepat, mudah, dan berdaya saing.
" Kami percaya bahawa inovasi agromakanan akan memacu pertumbuhan jangka panjang industri tani di Malaysia. Dengan membawa taklimat ini ke hadapan—kerjasama antara MARDI, platform kewangan seperti Alixco, serta komuniti penyelidik—kami berhasrat membuka peluang baharu bagi syarikat berasaskan penyelidikan untuk berkembang ke pasaran dengan lebih cepat." kata Cik Angelld Quah, Wakil Alixco
Tentang Alixco
Alixco ialah platform pembiayaan Peer-to-Peer (P2P) dan Equity Crowdfunding (ECF) yang berdaftar dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sejak 2015. Dengan lebih RM230 juta dana berjaya dikumpul bagi 500+ syarikat tempatan, Alixco terus memacu demokratisasi modal untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi penyelesaian kewangan yang cepat, fleksibel, dan telus.
---